Bom tangan masih aktif ditemui di rumah

Sebanyak 349 butir peluru, beberapa pucuk pistol dan bom tangan M61 yang masih aktif ditemui oleh polis Pulau Pinang di sebuah rumah dua tingkat di Taman Bukit, Bukit Mertajam pada Ahad. Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, pemeriksaan itu dibuat selepas serbuan pertama pada disember lepas mendapati rumah itu dijadikan makmal memproses dadah.