Tutup

Bomba bersiap siaga hadapi ancaman ribut taufan Nakri dan Matmo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang sentiasa dalam keadaan bersiap siaga termasuk bagi menghadapi hujan lebat dan ribut petir di negeri itu susulan tempias taufan Nakri dan Matmo. Ketua Balai Bomba Tasek Gelugor, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Muhaimin Abdul Manaf berkata, pihaknya mengambil beberapa langkah awal termasuk membuat pemantauan di kawasan sekitar pantai bagi berdepan sebarang kemungkinan.