Tutup

Bomba kenal pasti pergerakan tanah masih aktif - Bomba

Laluan alternatif di sekitar kawasan runtuhan di Jalan Lon De Element Genting Highlands kini dibuka untuk kenderaan ringan. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Yusri Abdullah Sani, bagaimanapun pihaknya akan menutup kawasan sekitar jika hujan berlaku. Ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kerana masih wujud lagi pergerakan tanah.