Tutup

Bomba Langkawi sedia hadapi tempias taufan Matmo, Nakri

Taufan Matmo dan taufan Nakri yang diramal berlaku bulan ini dikhuatiri memberi tempias sehingga ke perairan Langkawi. Taufan Matmo dijangka mencapai kategori 3 dan bergerak pada kelajuan 140 kilometer sejam dengan angin ribut 155 km sejam. Manakala taufan Nakri pula pada kelajuan 110 kilometer sejam.