Bomba sedia hadapi fenomena air pasang besar

Bomba Pulau Pinang sudah bersedia hadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku berikutan perubahan monsun. Ketua Balai dan Operasi Jalan Perak, Timbalan Penguasa Bomba, Ismail Mohd Zain berkata, semua anggota khususnya di Balai Jalan Perak bersiap untuk digerakkan sekiranya berlaku air pasang besar dan banjir kilat.