Bomba selamatkan penyu 150kg terperangkap di penghadang sampah

Seekor penyu seberat kira-kira 150 kilogram berjaya diselamatkan selepas ditemui terperangkap di penghadang sampah Stesyen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson pagi tadi. Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan Dua R.G.S Maniam berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam bagi membawa naik penyu jenis karah berkenaan.