Tutup

Bomba selamatkan wanita cuba terjun jambatan

Tindakan pantas anggota polis bantuan jambatan kedua dan nelayan tempatan berjaya menyelamatkan seorang wanita yang bertindak nekad terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang, pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan meletakkan kenderaan yang dipandunya di kilometer 9.9 jambatan terbabit sebelum terjun.