Tutup

Bomba tangkap ular 6 meter

Seekor ular sawa berukuran lebih kurang 18 kaki berjaya ditangkap di dalam kandang kambing di Kampung Muhibah, Peserai, Batu Pahat. Pegawai Bomba Kanan II, Ridwan Gembur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9 pagi dari pengusaha ternakan kambing terbabit. Katanya ketika sampai dilokasi ular terbabit sedang cuba menelan seekor kambing dewasa.