Bomba Terengganu tingkatkan rondaan di kawasan berisiko kemalangan

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko berlaku kemalangan termasuk kawasan peranginan sempena musim cuti perayaan ini. Menurut Pengarahnya, Mohamad Shoki Hamzah langkah itu bagi menangani insiden yang tidak diingini termasuk kes lemas ketika musim perayaan.