Bonda Sultan Johor mangkat

Jenazah Bonda Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad selamat dimakamkan di makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru pada jam 2 petang tadi. Almarhumah disemadikan sebaris dengan makam bondanya, Che Puan Hajjah Fatima Abdul Hamid. Sebelum pemakaman, bacaan talkin dan tahlil diketuai Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.