Bonus RM2000 hanya untuk penjawat awam yang berdisiplin

Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pemberian bonus RM2000 untuk pekerja perkhidmatan awam negeri itu yang mempunyai rekod disiplin yang baik. Bayaran bonus itu akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.