Bot nelayan asing ditahan ceroboh perairan Malaysia

Sebuah bot nelayan asing dipercayai warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi, lewat petang Jumaat. Ketika ditahan kapal maritim KM Siangin, bot nelayan asing itu didapati sedang menangkap ikan pada kedudukan 0.7 batu nautika dari Pulau Perak.