Bot pancung terbalik: Mayat kanak-kanak ditemui

Mayat kanak-kanak perempuan dipercayai mangsa bot pancung terbalik Nidzma Herman 10 tahun ditemui terapung berdekatan perairan Tanjung Pasir dan Mumiang. Maritim Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang nelayan yang menemui mayat terapung di kawasan tersebut.