Tutup

#BoycottMalaysia: Hubungan Malaysia - India tidak terjejas

Hubungan dua hala antara Malaysia dan India tidak terjejas walaupun wujud kempen #BoycottMalaysia yang dilancarkan rakyat negera itu di laman sosial Twitter. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kempen boikot pasca ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 di New York yang menyentuh isu Jammu dan Kashmir itu, kini semakin menurun.