Video  |  Sukan

Bual Bola: Piala Dunia terakhir Zidane di Jerman (bahagian 10/12)

Itali muncul juara di Jerman selepas mengalahkan Perancis di final yang turut menyaksikan pemain terbaik kejohanan, Zinedine Zidane dilayangkan kad merah pada perlawanan itu. Bola rasmi yang digunakan, Teamgeist menggunakan teknologi terbaharu 14 panel, berbanding 32 panel yang digunakan dalam edisi-edisi Piala Dunia FIFA sebelum ini. Menjelang pengundian Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, ikuti bahagian kesepuluh daripada 12 cerita dan sejarah disebalik bola-bola rasmi yang digunakan di Piala Dunia selain revolusi pembikinan bola sepak.