Buang bayi dalam mesin basuh

Polis telah mengenal pasti beberapa individu dipercayai terlibat dalam kes buang bayi di dalam sebuah mesin basuh dekat Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim memaklumkan mereka dikenal pasti berdasarkan maklumat orang ramai.