Tutup

Buang persepsi ada jurang antara masyarakat dan warga universiti

Persepsi negatif masyarakat terhadap warga universiti bahawa terdapat jurang serta pengasingan antara kedua belah pihak perlu ditangkis. Menurut Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat Dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar ketika ini kesemua universiti sedang bergerak ke arah konsep universiti untuk masyarakat. Ini penting membolehkan pensyarah serta penyelidik terjemahkan kajian permasalahan masyarakat kepada bentuk usaha inovasi serta berjangka masa panjang.