Buang undi hari Rabu susahkan mereka yang bekerja - Tun M

Pengundi yang bekerja akan menghadapi kesukaran untuk membuang undi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari Rabu (9 Mei) sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia sekali gus bukan satu tindakan demokratik kepada pengundi itu sendiri.