Bubur lambuk Kg Baru terus jadi warisan

Selepas berpuluh tahun, bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru terus menjadi buruan setiap kali bulan Ramadan. Bubur lambuk tradisi yang diwarisi air tangan Tuan Haji Zainal Abdul Hamid ini tetap jadi pujaan kerana keenakan dan rasanya tidak berubah.