Tutup

Bukan hanya tangkap, tapi pendakwaan yang efektif

Latihan mendapatkan keterangan dan bukti perlu dipertingkat dalam kalangan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seiring kecanggihan teknologi semasa. Itu menjadi antara fokus Ketua Pesuruhjaya yang baharu, Latheefa Koya yang komited untuk memastikan bahawa agensi itu bukan sahaja membuat tangkapan, tetapi juga melakukan pendakwaan yang efektif.