Bukan sekadar promosi perdagangan, fungsi MATRADE lebih lagi

Agensi Promosi Perdagangan Kebangsaan Malaysia (MATRADE) perlu berperanan bukan sahaja mempromosi perdagangan, sebaliknya menjadi organisasi berteraskan data bagi pelaksanaan aktivitinya. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pada masa kini 'big data' berperanan penting dalam memenuhi kehendak pengguna.