Bukan semua terlibat dalam hubungan songsang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun seramai 300 ribu golongan homoseksual yang direkodkan JAKIM, tidak semua daripada mereka terlibat dalam hubungan songsang. Menurutnya, rekod yang diperolehi JAKIM itu mempunyai pelbagai kategori termasuk mereka yang tidak melakukan perbuatan songsang.