Tutup

Bukan Tun M, tapi Syed Saddiq punca PH kalah - Syaiful Irfan Anang

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipersalahkan susulan kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu. Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu, Syaiful Irfan Anang berkata, punca sebenar kekalahan PH adalah disebabkan oleh kegagalan Syed Saddiq memanfaatkan sepenuhnya jentera pemuda PH yang dianggotai empat parti.