Tutup

Bukit Aman panggil 14 saksi bantu kes Teo Beng Hock

Polis akan memanggil 14 saksi untuk membantu siasatan kes kematian bekas pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock selepas Peguam Negara mengarahkan kes mati mengejut itu disiasat semula di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan pada Julai lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, ada di antara 14 saksi itu pernah memberi keterangan dalam kes sama.