Buletin AWANI Khas: MySalam - Skim Perlindungan Kesihatan Nasional

MySalam merupakan satu skim perlindungan kesihatan yang menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Essan Yahya dan Hafizi Rosli bersama Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican bagi menerangkan dan berkongsi info berkenaan dengan mySalam didalam Buletin AWANI Khas.