Bunuh ibu: sebut semula kes penganggur 18 Disember

Mahkamah Majistret Balik Pulau menetapkan 18 Disember depan untuk sebutan semula kes seorang lelaki didakwa membunuh ibu sendiri yang mayatnya ditemui di dalam tangki najis, September lalu. Majistret Nur Azzuin Abdul Moati menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid memberitahu mahkamah pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat.