Bunuh warga emas: Anak mangsa ditahan di Balik Pulau

Susulan kes bunuh warga emas dan mayat dicampak ke dalam lubang kumbahan najis. Polis berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan anak mangsa jam 8.45 pagi tadi di Jalan Air Putih Balik Pulau bagi membantu siasatan kes berkenaan.