Buruh binaan didakwa dengan lapan pertuduhan rancang serangan

Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dengan lapan pertuduhan merancang pembunuhan berprofil tinggi serta serangan ke atas rumah ibadat bukan Islam. Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh tertuduh Mahadi Mamat, 34 tahun yang juga ketua Sel Wolf Pack ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Wan Azimah Yaacob.