Buruh ladang dan remaja miliki 'bakakuk' ditahan

Seorang buruh ladang berusia 54 tahun dan remaja berusia 18 tahun ditahan kerana memiliki senapang buatan sendiri atau dikenali sebagai 'bakakuk'. Kedua-dua mereka ditahan ketika pihaknya sedang membuat rondaan di kawasan Felda Sahabat.