Tutup

Buruh tidak mengaku curi pakaian dalam wanita

Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas tuduhan mencuri 15 helai pakaian dalam milik dua wanita. Tertuduh, Shum Kok Fai, 28 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.