Cabaran besar KPN baharu kembalikan integriti PDRM

Cabaran besar menanti Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam usaha menambahbaik perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tugas itu antaranya termasuklah memperkasakan semula perkhidmatan, meneliti Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan mencegah rasuah dalam kalangan anggota. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada program Setahun Menjelang Malaysia Baharu, pada Ahad.