Cabaran industri pelancongan Malaysia

Jika dahulu, sebut sahaja Tahun Melawat Malaysia (TMM), pastinya ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sibuk menghebahkannya. Mana tidaknya, iklan, promosi dan pemasaran dengan pelbagai cara dilakukan merentas medium. Menjelang TMM2020 yang kurang tujuh bulan lagi, jangan kata logo, iklan rasmi daripada Tourism Malaysia juga seperti belum kelihatan di kaca televisyen mahupun dalam talian.