Cabaran kerajaan yakikan rakyat definisi 'Malaysia Baharu'

Apa yang berlaku pada Felda hari ini disifatkan sebagai kedurjanaan urus tadbir hingga menyebabkan hutang yang amat membebankan. Itu pandangan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang menganggap cabaran terbesar kerajaan hari ini ialah untuk menghentikan kepincangan itu dengan membentangkan kertas putih baru-baru ini.