Cacing mati ditemui dalam tin sardin dari China

Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara. Ini susulan laporan yang tular di media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.