Cadang buka semula pejabat tourism seluruh negara

Kerajaan berhasrat membuka semula lima pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara yang diarahkan tutup pada tahun 2017 bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, lima pejabat tourism berkenaan termasuklah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.