Tutup

Cadangan debat terbuka antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar diadakan debat terbuka antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu negara. Ini susulan kritikan terbuka Datuk Seri Najib yang mengatakan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak relevan lagi memandangkan usianya mencecah 92 tahun selain menyelar keputusan Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.