Tutup

Cadangan RUU IPCMC dibentang sebelum 25 Nov

Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan supaya cadangan penambahbaikan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 dibentangkan selewat-lewatnya 25 November ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang mengemukakan usul itu berkata, cadangan itu sebelum ini dijadual dibentangkan selewat-lewatnya 18 November ini. Bagaimanapun, katanya jawatankuasa pilihan khas menimbang RUU itu memerlukan lebih masa untuk meneliti isu yang berkaitan.