Tutup

Cadangan wujudkan cawangan universiti Jepun di Malaysia

Malaysia gembira Jepun sambut baik dasar 'Pandang ke Timur' sekali lagi, dan berharap meraih manfaat daripada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua negara. Malah Malaysia akan menjalin kerjasama lebih rapat dengan negara matahari terbit itu selepas perbincangan yang baik diantara kedua pemimpin pagi tadi. Jepun juga akan terus menyokong usaha pertumbuhan Malaysia untuk membawa hubungan bilateral kedua-dua negara ke tahap baru.