Tutup

CAEXPO 2019: Jualan tinggi & potensi rakan niaga China

Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 memperoleh reaksi positif mengenai produk tempatan daripada masyarakat di Nanning, China. Mereka turut menyatakan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat China terhadap produk tempatan membolehkan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan mudah di samping mengenal pasti potensi rakan kongsi di Nanning. CAEXPO 2019 berlangsung dari 21 hingga 24 September ini melibatkan delegasi Malaysia seramai 167 PKS dan agensi kerajaan.