Tutup

CAEXPO 2019, Malaysia catat nilai jualan RM678 juta

Pavilion Malaysia pada Ekspo China-ASEAN Ke-16 (CAEXPO) 2019 berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM678 juta dengan peningkatan sebanyak enam peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM640 juta. Pengarah Pemasaran Eksport & Bahagian Akses Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Khairul Annuar Abdul Halim berkata jumlah tersebut merupakan keseluruhan nilai sepanjang empat hari ekspo tersebut berlangsung.