Tutup

CAEXPO 2019: Produk makanan Malaysia paling digemari pembeli China

Sedap, berkualiti dan harga berpatutan antara reaksi pengguna china terhadap produk Malaysia yang dipamerkan di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 di Nanning, China Berdasarkan tinjauan Astro AWANI, sejak hari pertama CAEXPO dibuka pada 21 September lalu, astaka Malaysia menerima pelawat yang paling ramai disebabkan pengguna China menggemari produk makanan yang 70 peratus di pamerkan di astaka tersebut. Rata-rata pengguna china mencari produk tempatan yang sukar didapati di negara mereka terutamanya produk berasaskan makanan dan minuman seperti durian, biskut, snek dan sebagainya