Calon Bebas PRK Cameron Highlands mahu perubahan mampan

Dua calon Bebas yang merupakan anak tempatan Cameron Highlands akan berentap dalam pilihan raya kecil (PRK) P.078 yang akan diadakan pada 26 Januari ini. Bekas pensyarah, Sallehudin Ab Talib, 61, menggunakan logo buku, membawa misi utama iaitu untuk membuat perubahan kepada kehidupan peneroka Felda.