Tutup

Calon PRK Semenyih: Srikandi serah kepada pucuk pimpinan

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Rina Harun menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih 2 Mac ini. Ketika ini, katanya, BERSATU belum mengadakan mesyuarat di peringkat kepimpinan bagi membincangkan calon yang sesuai.