CCCC sedia pulangkan sebahagian pembayaran awal ECRL

China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bersetuju memulangkan sebahagian daripada RM3.1 bilion bayaran pendahuluan fasa 2 projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), landasan berkembar dan jajaran utara berdasarkan kontrak asal. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bakinya akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan selepas potongan bagi tuntutan yang disahkan susulan kerja yang terbantut, penggantungan, serta pembatalan jajaran utara.