Tutup

CEC DAP akan bincang soal penerimaan darjah kebesaran - Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegur sikap segelintir ahli parti itu yang menerima Darjah Kebesaran Negeri Sabah dan Melaka yang membawa gelaran Datuk walaupun belum sempat menunjukkan prestasi mereka. Tegasnya ahli DAP tidak seharusnya mengejar atau menerima sebarang gelaran selepas baru beberapa bulan dilantik jawatan di dalam pentadbiran kerajaan.