Tutup

Cegah kanser Serviks dengan saringan awal

Jenis kanser yang ketiga paling kerap dihidapi wanita, kanser Serviks boleh dicegah dengan syarat ia dikesan pada peringkat awal. Malangnya, 80 peratus kes kanser Serviks di Malaysia dikesan pada peringkat lewat sehingga menyebabkan kematian. Oleh itu kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta badan korporat komited menganjurkam inisiatif saringan awal serta rawatan kepada wanita di seluruh negara.