Ceramah tanpa permit, khianat poster lawan masih berlaku

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus mempertingkatkan pemantauan perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan selepas masih ada parti dan calon melanggar peraturan pilihan raya. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata antara kesalahan termasuk melakukan ceramah tanpa permit dan khianat terhadap bahan kempen calon lawan.