Tutup

Cerita di luar kamar Mahkamah, Ibu bapa Zulfarhan Osman Zulkarnain bersyukur

Wartawan Astro AWANI, Madihah Abdullah menceritakan situasi ketika berada di luar kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 2 . Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, untuk membela diri. Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Azman Abdullah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan.