Tutup

Ceroboh Bukit Kledang: PSM buat laporan polis

Parti Sosialis Malaysia (PSM) tampil membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri Perak yang didakwa membiarkan penerokaan hampir 10 hektar hutan dan penanaman kelapa sawit di Bukit Kledang Saiong baru-baru ini. Mereka yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) turut mempersoalkan kenyataan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) yang dikatakan tidak tahu mengenai isu tersebut.