Chef Wan berkempen sambil masak

Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada Ahad turun berkempen untuk Pilihan Raya Kecil PRK Cameron Highlands di Felda Sungai Koyan Satu. Chef Wan yang hadir bagi membantu calon Pakatan Harapan M. Manogaran berkempen turut meluangkan masa memasak bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.